Terma Perkhidmatan
Dikemas kini: 11/11/2026
Dengan menggunakan Kedai AnnurPro, anda bersetuju dengan terma di bawah. Baca bersama Dasar Privasi.
1. Perkhidmatan
Kedai AnnurPro menyediakan katalog digital: peniaga senaraikan produk di satu link, dan pelanggan hantar order ke WhatsApp peniaga. Kami bukan pihak dalam jual beli. Kami tidak memproses bayaran pelanggan kepada peniaga, tidak menghantar barang, dan tidak bertanggungjawab ke atas pertikaian antara peniaga dan pelanggan.
2. Akaun
- Satu akaun Google untuk satu kedai.
- Anda bertanggungjawab atas semua aktiviti di akaun anda dan ketepatan maklumat kedai (harga, stok, penerangan).
- Anda mesti berumur 18 tahun ke atas, atau mendapat izin ibu bapa atau penjaga.
3. Kandungan dan produk yang dilarang
Anda tidak boleh menyenaraikan atau mempromosikan:
- Barang yang menyalahi undang-undang Malaysia, termasuk dadah, senjata, bahan letupan dan barang curi.
- Barang tiruan atau yang melanggar hak cipta dan cap dagangan.
- Ubat, produk kesihatan atau kosmetik yang memerlukan kelulusan atau notifikasi pihak berkuasa tetapi tiada.
- Perjudian, skim cepat kaya, skim piramid atau pelaburan tidak berlesen.
- Kandungan lucah, kebencian, atau yang menipu pelanggan.
- Hidupan liar dilindungi, produk tembakau atau vape kepada bawah umur, dan barang lain yang dikawal tanpa lesen yang sah.
Kami boleh menggantung atau memadam kedai yang melanggar terma ini, dengan atau tanpa notis awal. Untuk melaporkan kedai, guna pautan "Lapor kedai ini" di bawah halaman kedai atau hubungi kami.
4. Pelan dan bayaran
- Pelan Percuma tersedia dengan had produk, kategori, banner dan storan.
- Pelan Pro dibayar bulanan atau tahunan melalui BCL / Bayarcash. Langganan tidak diperbaharui secara automatik; anda bayar semula untuk melanjutkan.
- Selepas tempoh tamat, ada tempoh tangguh 7 hari. Selepas itu kedai kembali ke had pelan Percuma. Data tidak dipadam, tetapi item melebihi had mungkin tidak dipaparkan.
- Bayaran tidak dikembalikan, kecuali jika diwajibkan undang-undang atau berlaku kesilapan caj dari pihak kami.
- Harga boleh berubah. Perubahan tidak menjejaskan tempoh yang telah dibayar.
5. Ketersediaan
Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa berjalan, tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan atau ralat. Perkhidmatan disediakan "seadanya". Simpan salinan data anda sendiri melalui fungsi eksport di halaman Akaun.
6. Had liabiliti
Setakat dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, kehilangan jualan atau keuntungan. Jumlah liabiliti kami terhad kepada bayaran langganan yang anda bayar dalam 12 bulan sebelum tuntutan.
7. Penamatan
Anda boleh padam kedai bila-bila masa di halaman Akaun. Kami boleh menamatkan perkhidmatan kepada akaun yang melanggar terma ini.
8. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
9. Hubungi kami
e-mel sokongan kami