Saiz gambar produk, banner dan logo untuk kedai online
12/11/2026 ยท Kedai AnnurPro
Gambar yang tak sepadan saiz akan dipotong secara automatik, kadang-kadang memotong bahagian penting seperti tulisan atau produk itu sendiri. Panduan ini menggunakan saiz yang dipakai oleh Kedai AnnurPro, tetapi prinsipnya sama untuk kebanyakan platform.
Gambar produk: segi empat sama
Saiz yang disyorkan ialah sekurang-kurangnya 1000 x 1000 piksel, nisbah 1:1. Letak produk di tengah dengan sedikit ruang kosong di sekeliling. Gambar memanjang (potret) atau melebar (landskap) masih boleh digunakan; potong bahagian yang paling penting semasa memuat naik.
Banner: 1600 x 800 piksel (2:1)
Banner dipaparkan di bahagian atas kedai. Letak tajuk dan teks penting di tengah, jauh dari tepi. Di phone, bahagian bawah kiri banner mungkin dilindungi logo kedai, jadi elakkan teks di situ. Peniaga Kedai AnnurPro boleh memuat turun templat banner dengan zon selamat di halaman Tetapan.
Logo: 512 x 512 piksel
Logo dipaparkan dalam bentuk bulat, jadi pastikan simbol atau huruf utama berada di tengah. Logo dengan banyak teks kecil sukar dibaca pada saiz kecil; versi ringkas (simbol atau huruf awal) biasanya lebih jelas.
Saiz fail
Gambar dari kamera phone boleh mencecah beberapa MB. Kedai AnnurPro memampatkan gambar secara automatik di phone anda sebelum dimuat naik, supaya kedai laju dibuka walaupun dengan data mobile.
Senarai semak ringkas
- Produk: 1:1, sekurang-kurangnya 1000 x 1000 piksel.
- Banner: 2:1, 1600 x 800 piksel, teks di tengah.
- Logo: 1:1, 512 x 512 piksel, simbol di tengah.